X

Kindly register in order to view this article
!

Rasmi program adat perpatih: Nicole minta tidak dipolitikkan

Nicole Tan
A
A

SEREMBAN - Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon meminta orang ramai tidak mempolitikkan pemilihannya untuk merasmikan forum berkaitan Adat Perpatih di Jempol, Selasa ini.

Beliau juga akan menarik diri sekiranya Undang Luak atau Penghulu Luak tidak bersetuju dengan perancangan asal program itu.

"Saya akur sekiranya tidak dipersetujui Undang Luak atau Penghulu Luak. Saya hanya setuju untuk merasmikan forum itu kerana ingin mempraktikkan semangat kebersamaan.

"Adat Perpatih ini perlu diwar-warkan kepada semua rakyat Negeri Sembilan dan bukan sahaja orang Melayu. Saya selaku exco mewakili semua kaum dan bukan Cina sahaja, bagaimanapun saya akur jika pihak berkenaan rasa tidak elok dan bukan semata-mata kerana retorik pembangkang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas komen di media sosial apabila netizen mempertikaikan jemputan beliau bagi merasmikan forum berkenaan.

Hebahan program dibuat Muzium Negeri Sembilan itu telah dikongsi kebanyakan pengguna Facebook yang turut meninggalkan komen negatif dengan alasan beliau ialah pemimpin DAP.

Antaranya ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpendapat program berkenaan sepatutnya terletak di bawah fungsi seorang lagi ahli exco iaitu Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Nazaruddin Sabtu.

"Adat pun panggil DAP yang rasmi. Takkan tak boleh jemput sekurang-kurangnya Dato' Penghulu Luak Jempol, buek (buat) di kawasan beliau... Ini bukan ke fungsi Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, ADUN Pilah," tulisnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus