RM250 dah boleh beli motosikal

Baharudin menunjukkan motosikal yang berjaya dirampas dalam beberapa serbuan yang dijalankan pihaknya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.
Baharudin menunjukkan motosikal yang berjaya dirampas dalam beberapa serbuan yang dijalankan pihaknya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - [VIDEO] Hanya bermodalkan RM250 hingga RM1,500 sudah boleh memiliki motosikal antaranya jenis Honda EX5, Yamaha LC dan banyak lagi.

Itu antara harga motosikal curi yang ditawarkan kepada pembeli selain komponen-komponen motosikal yang dikesan dijual di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun, aktiviti penjualan motosikal curi iti berjaya dibongkar polis melalui tangkapan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah berkenaan.

"Suspek menyasarkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam untuk menjalankan kegiatan mencuri motosikal.

"Siasatan awal mendapati motosikal yang dicuri ini ada yang dijual melalui media sosial dengan harga serendah RM250 sehingga RM1,500," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh awal Januari hingga 1 Ogos 2019, sebanyak 255 buah motosikal dilaporkan hilang ini daerah ini bersamaan dengan 37 peratus jumlah keseluruhan indeks jenayah.

"Namun jumlah ini mencatatkan penurunan berbanding tahun lepas yang mana mencatatkan jumlah motosikal yang dilaporkan hilang iaitu sebanyak 477 buah.

Artikel Berkaitan:

"Polis Shah Alam memberikan fokus ke arah memerangi jenayah curi kenderaan khususnya motosikal yang merupakan penyumbang utama kepada indeks jenayah," katanya.

No Image Caption

Menurutnya, bermula awal Januari ini, pihaknya telah menjalankan beberapa serbuan Ops Lejang Khas yang menfokuskan dalam dan luar daerah Shah Alam.

"Serbuan dan tangkapan ini merangkumi jenayah melibatkan curi motosikal dan curi kereta di mana polis telah menumpaskan tiga kumpulan utama iaitu Geng Ford Ranger, Geng Jai Kancil dan Geng Suria Volkswagen.

"Selain itu, polis juga menangkap beberapa individu berjumlah 81 orang yang berumur antara 17 hingga 35 tahun," katanya.

Katanya lagi, kesemua yang ditahan ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan manakala tiga yang ditahan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

"Jumlah rampasan secara keseluruhannya adalah sebanyak 12 kereta, sebuah lori, 25 buah motosikal serta lima buah rangka motosikal," katanya.