Remaja maut digilis lori

Kejadian kemalangan yang meragut nyawa remaja berusia 15 tahun itu tular di media sosial.
Kejadian kemalangan yang meragut nyawa remaja berusia 15 tahun itu tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 15 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terjatuh dan digilis sebuah lori di kilometer 12 Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Qabil Iskandar Hairul Nizam yang beralamat di Taman Universiti, Skudai meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah motosikal dan sebuah lori.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang motosikalnya dari arah Skudai menghala ke Johor Bahru dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak daripada melanggar motosikal di hadapannya.

"Mangsa kemudiannya terjatuh ke sebelah kiri iaitu ke bawah lori dan digilis kenderaan berkenaan yang datang dari arah yang sama yang berada di lorong tengah. "Ketika kejadian, mangsa sedang mencelah di antara kenderaan lain di antara lorong paling kanan dan lorong tengah.

"Akibat daripada kemalangan, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Taib berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dijalankan.

"Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.