Peniaga disamun dua lelaki

Gambar kecil: Mohd Zamri
Gambar kecil: Mohd Zamri
A
A
A

BESUT - Seorang peniaga kedai runcit warga Pakistan kerugian kira-kira RM700 selepas kedainya disamun dua lelaki awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu berlaku di kedai milik mangsa yang terletak di Cabang Tiga Jertih berdekatan Masjid Hadhari.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian, mangsa berada di dalam kedainya apabila datang dua suspek yang berpura-pura mahu membeli rokok.

Menurutnya, tiba-tiba seorang daripada suspek mengeluarkan sebatang kayu lalu mengambil wang tunai RM700 yang disimpan dalam laci.

"Suspek turut mengambil dua bungkus rokok sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi warna hijau," katanya.

Mohd Zamri berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit dan sedang berusaha mengesan suspek.

Artikel Berkaitan: