Tunai Rukun Islam kelima, Ashraf Muslim berangkat ke Tanah Suci

 Instagram Ashraf Muslim
Instagram Ashraf Muslim
A
A
A

PELAKON dan pengacara Ashraf Muslim hari ini selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji sekaligus menunaikan Rukun Islam kelima.

Difahamkan Ashraf, 38, pergi ke Mekah bersama rombongan jemaah haji tanpa ditemani isteri mahupun keluarganya.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya hari ini, Ashraf memaklumkan dia akan berada di sana selama 40 hari untuk tujuan tersebut.

“Alhamdulillah dan terima kasih ALLAH. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.

“Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke Tanah Suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta-benda sementara waktu untuk menjalankan tanggungjawab yang paling agung.

“Doakan saya supaya dapat haji yang mabrur dan memberi kesihatan yg cukup di sana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT,” tulisnya.

 Instagram Ashraf Muslim
Instagram Ashraf Muslim

Dalam perkongsian yang sama, Ashraf juga meluahkan rasa terima kasihnya kepada kedua isterinya serata anak-anak kerana memahami dan memberi ruang kepadanya untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

“Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah, anak-anakku Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahamiku sebagai seorang ayah, teman baik, teman umtuk dimarah, teman untuk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber'spiderman', teman untuk bersilat, teman untuk main tembak-tembak, teman untuk makan, teman bergosip, teman untuk main rumah-rumah dan masak-masak, teman untuk tidur dan teman untuk segala-segalanya.

Artikel Berkaitan:

“Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jangan sedih dan risau... love you all so much,” luahnya panjang lebar.