Individu terlibat kes kematian Adib kini di Australia?

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim mempersoalkan ke mana hilangnya individu yang dipercayai terbabit dalam insiden kematian Allahyarham anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 10 Disember lalu.

Zamil mendakwa, beliau menerima maklumat individu terbabit kini berada di Australia dan bekerja sebagai pengutip buah di negara itu.

"Sekarang saya mendakwa empat orang tersebut tidak ada di Malaysia sekarang ini dan sedang bekerja mengutip buah di Australia. Tolong nafikan," dakwanya ketika menyampaikan ceramah di Himpunan Aman Keadilan Untuk Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan di Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Perbicaraan inkuiri kes Muhammad Adib ditutup

Inkues Adib: Tutup prosiding bukanlah terkubur tanpa keputusan

Dakwanya, kenyataan itu dibuatnya kerana sehingga inkues Allahyarham Adib tamat kesemua mereka itu tidak pernah dilihat di khayalak umum.

"Sebab sejak mereka dibebaskan oleh mahkamah wajah empat orang itu tidak kelihatan langsung.

Artikel Berkaitan:

"Maka dengan itu, jika inkues menyatakan bahawa Adib dipukul oleh empat orang itu apa keyakinan rakyat Malaysia bahawa empat orang itu masih berada di Malaysia dengan itu kita minta tolong Tommy Thomas, (Peguam Negara) tampilkan empat orang itu," tegasnya.

Pada 10 Disember 2018, empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden Allahyarham Muhammad Adib parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dibebaskan daripada tahanan reman.

Majistret Nurshahirah Abd Salim membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini telah direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Sri Threren.

Terdahulu, lebih 100 orang hadir ke perhimpunan yang diadakan untuk menuntut keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib selain turut mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugas.

Sebelum itu, prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup selepas tiada lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

LANGSUNG:Saksikan siaran langsung himpunan aman "Keadilan untuk Arwah Adib" di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama wartawan Sinar Harian, Muhamad Shamsul Abd Ghani dan Nurul Huda Husain. #SinarHarian #Adib #KeadilanUntukAdib

Posted by Sinar Harian on Thursday, August 1, 2019