Helikopter Nuri mendarat cemas di Kem Gubir, Kedah

Keadaan helikopter Nuri TUDM yang mendarat cemas di Kem Gubir, Kedah hari ini.
Keadaan helikopter Nuri TUDM yang mendarat cemas di Kem Gubir, Kedah hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah, kira-kira jam 3.00 petang tadi.

TUDM dalam kenyataan media berkata, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth ini sedang melaksanakan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia untuk misi ulang bekal.

“Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel Berkaitan: