G3 bentuk jawatankuasa bawa kes Adib ke pengadilan antarabangsa

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Gagasan Tiga (G3) telah membentuk jawatankuasa untuk membawa kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ke peringkat pengadilan antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, perbincangan dengan peguam-peguam berkaitan juga telah dilakukan bagi kes tersebut.

Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Datuk Azwanddin Hamzah ketika berucap pada himpunan aman Pembelaan Arwah Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan di pekarangan Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Datuk Azwanddin Hamzah ketika berucap pada himpunan aman Pembelaan Arwah Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan di pekarangan Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

"Sebenarnya kita telah ada perbincangan dengan beberapa peguam dan kita juga telah bentuk jawatankuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan pembelaan arwah Adib diadakan sebentar lagi

LANGSUNG:Saksikan siaran langsung himpunan aman "Keadilan untuk Arwah Adib" di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama wartawan Sinar Harian, Muhamad Shamsul Abd Ghani dan Nurul Huda Husain. #SinarHarian #Adib #KeadilanUntukAdib

Posted by Sinar Harian on Thursday, August 1, 2019

"Apabila sedia sahaja benda itu (untuk dibawa ke pengadilan antarabangsa) kita akan panggil untuk buat sidang media," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada sidang media sebaik selesai himpunan aman Keadilan Untuk Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan di Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kes kematian anggota bomba Muhammad Adib akan dibawa ke pengadilan antarabangsa seperti kes ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) sebelum ini.

Bulan lalu, prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup selepas tiada lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Himpunan aman Keadilan Untuk Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan yang berlangsung di pekarangan Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Himpunan aman Keadilan Untuk Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan yang berlangsung di pekarangan Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada namun tarikh keputusan inkues masih belum ditetapkan.

Difahamkan, keluarga Muhammad Adib bercadang memasukkan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada 21 Ogos ini.

Prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib berjalan selama 41 hari bermula 11 Februari lalu.

Sepanjang prosiding, seramai 30 saksi dipanggil serta 137 eksibit dikemukakan.

Kes Muhammad Adib mendapat liputan meluas selepas parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Dalam pada itu, selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara.