X

Kindly register in order to view this article
!

Tip jimatkan bateri iPhone

PENGGUNA iPhone sering merungut apabila bateri telefon pintar itu cepat habis.
A
A

TIMBUL banyak rungutan pengguna iPhone apabila bateri telefon pintar mereka cepat habis lebih-lebih lagi kebanyakan peranti Android dilengkapi bateri bersaiz sekurang-kurangnya 3,400 mAh. Berikut ada tip menarik untuk menjimatkan penggunaan bateri:

Kemaskini perisian ke versi terkini

Pastikan pengguna sentiasa mengemaskini peranti iPhone kepada versi iOS terkini kerana kebanyakan perisian terkini dapat mengoptimumkan penggunaan bateri.

Kecerahan skrin

Tahap kecerahan skrin cukup penting dalam penjimatan bateri dan cara paling efektif adalah dengan mengurangkan kecerahan paparan skrin telefon pintar anda.

Jangan terdedah kepada suhu yang panas

Elakkan telefon anda terdedah kepada suhu yang tinggi kerana akan menyebabkan kerosakan bateri tanpa disedari. Jika merujuk Apple, suhu optimum bagi peranti ialah antara 0°c ke 35°c.

Guna Wifi berbanding data selular

Bateri akan cepat habis sekiranya kerap menggunakan data selular berbanding Wifi. Walaupun ada ketika sambungan data selular, anda lebih pantas jika mahu menjimatkan tenaga.

Jangan cas penuh

Sekiranya mahu meninggalkan iPhone anda untuk tempoh yang lama, pastikan bateri dicas pada tahap 50% terlebih dahulu dan bukannya 0% atau dicas penuh 100%. Sekiranya dinyah-cas sepenuhnya, ia akan membuatkan bateri anda berada di tahap nyah-cas yang terlalu mendalam.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!