Teguran Tengku Nazri masih diperlukan ahli PKR

Paparan Twitter Azmin.
Paparan Twitter Azmin.
A
A
A
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan teguran perwakilan dari Arau, Perlis, Tengku Nazri Tengku Aldin dalam Kongres Nasional PKR ke-13 semalam sebagai nasihat yang amat membina.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tengku Nazri dan meminta semua pemimpin dan ahli PKR berganding mahu mengukuhkan parti.

"Bersama-sama kita kukuhkan pimpinan, bersatu dan bekerja kuat demi mengisi perjuangan reformasi yang telah diasaskan sejak 20 tahun lalu," katanya dipetik menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Rafizi berdamai?]

Semalam, Tengku Nazri dalam perbahasan ucapan dasar presiden menegur pemimpin dan ahli parti sehingga mewujudkan dua kem dalam parti terutama ketika pemilihan PKR yang berakhir Ahad lalu.
Artikel Berkaitan:


Perbahasan itu mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada perwakilan, selain pemimpin tertinggi PKR yang hadir mengikuti kongres berkenaan.

Sebaik sahaja perbahasan Tengku Nazri tamat, Mohamed Azmin dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat saling berpelukan.