RM25,390 lebur ditipu pinjaman tak wujud

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang pendawai elektrik terpaksa menggigit jari selepas ditipu lebih RM25,390 selepas dipercayai ditipu sindiket yang menawarkan pinjaman peribadi tidak wujud Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian mula berlaku ketika mangsa berumur 37 itu berurusan dengan dengan suspek melalui WhatsApp dan membuat pinjaman sebanyak RM27,3000 bagi memulakan perniagaan makanan di Johor Bahru.

Menurutnya, mangsa yang telah bersetuju dengan syarat ditetapkan mula memasukkan duit sejak 8 Julai sehingga 29 Julai lalu.

"Mangsa telah melakukan sebanyak tujuh transaksi melalui tujuh akaun bank dan nama berbeza setiap kali ingin memasukkan duit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari ditipu apabila gagal menghubungi suspek pada 30 Julai lalu untuk bertanyakan status pinjaman.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang timbalan pengarah mengalami kerugian sebanyak RM3,210 selepas dipercayai ditipu oleh suspek yang menjalankan perniagaan batu permata, Jun tahun lalu.

Mohd Wazir berkata, kejadian mula berlaku selepas mangsa berumur 36 tahun berminat untuk membeli batu permata melalui Rulz Emerald yang dikenalinya melalui laman media sosial Facebook.

"Mangsa telah melakukan tujuh transaksi ke atas nama Hairul Anuar Zakaria dan melakukan transaksi tersebut bermula 3 Jun tahun lalu sehingga 25 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, mangsa hanya menerima barangan berjumlah RM1,000 dan pada Ogos tahun lalu, mangsa telah mengadakan pertemuan dengan Hairul di Kapar, Selangor.

"Mangsa meminta agar suspek memulangkan duitnya semula sebanyak RM4,010 dan suspek telah membayar sebanyak RM800 kepada mangsa, namun selepas itu, suspek tidak dapat dihubungi dan menghilangkan diri," katanya.

Beliau berkata, mangsa telah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis semalam dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.