'Best friends' Tuanku rupanya...

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kehadiran Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Ditambah pula, sekeping foto Tuanku Al-Sultan Abdullah ketika usia muda bersama Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dimuat naik di Instagram Malaysia.royalfamily menguatkan lagi hubungan keakraban baginda berdua.

Gambar dipaparkan itu sekitar tahun 1979, memperlihatkan Tuanku bersama Putera Mahkota Abu Dhabi ketika usia muda dengan berpakaian uniform tentera namun lokasinya tidak dinyatakan.

Selain gambar itu, terdapat juga gambar terkini Tuanku ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong bersama Putera Mahkota.

Entri Instagram juga menyatakan keakraban hubungan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan kekal sehingga kini.

Netizen, lonely_hikers, berkata, hubungan persahabatan baginda berdua cukup istimewa dan hanya baginda berdua sahaja memahaminya.

Kata yangkalsomy, “Best friend Tuanku rupanya... Moga persahabatan kekal sampai ke syurga."

Rata-rata netizen juga mendoakan hubungan persahabatan mereka kekal hingga ke syurga.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kenyataan Kementerian Luar melaporkan lawatan itu bersempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain menghadiri istiadat pertabalan, Putera Mahkota itu akan juga mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Lawatan khas ini memberi dorongan baharu dan pengukuhan seterusnya hubungan persahabatan yang sedia wujud antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.