Sambutan merdeka dan kebebasan media

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEKEJAP sahaja masa berlalu. Semalam tirai bulan Ogos baru bermula, bermakna bermulanya Bulan Kemerdekaan.

Jika zaman Merak Jalanan di bangku sekolah 30 tahun lalu, pada awal minggu bulan Ogos, guru-guru sudah mula merancang persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada ketika itu, ibu-ibu murid mula sibuk menempah atau mencari baju kebangsaan yang menampilkan kepelbagaian penduduk di Malaysia bagi menjayakan perarakan Hari Kebangsaan.

Ketika itu ramai murid yang berebut mengenakan pakaian kaum Iban, Kadazan, India, Cina dan Melayu. Seronok!

Tapi seusai masa yang berlalu, corak sambutan jelas berbeza. Guru dan kaum ibu kini lebih kreatif. Kebanyakan sambutan di sekolah, murid akan diminta memakai pakaian yang diperbuat daripada Jalur Gemilang pula.

Kita boleh melihat pelbagai fesyen unik akan terhasil malahan ada yang menjadi tular.

Selain itu, pengusaha tudung juga tidak kurang peranan mereka. Boleh dikatakan, Ogos juga menjadi bulan rezeki buat mereka. Kalau tak percaya, cuba lihat media sosial seperti Intagram dan Facebook, sudah ada yang mula menjual tudung ‘merdeka’ pelbagai bentuk dan penggayaan.

Apa pun, sambutlah dan raikan kehadiran bulan keramat ini dengan berhemah dan penuh iltizam. Jangan cemari dengan tindakan ataupun perbuatan yang boleh memecah-belahkan perpaduan yang telah nenek moyang kita pupuk demi kemerdekaan tanah air kita.

Artikel Berkaitan:

Bagi kami pengamal media, sudah tentu kebebasan media adalah erti kemerdekaan yang kami dambakan. Melaporkan berita daripada pelbagai pihak dengan adil, telus dan tidak berat sebelah demi kepentingan masyarakat adalah kepuasan yang ingin dicapai.