Kereta kena pecah, Ardell kecewa sikap pihak taman tema

Ardell
Ardell
A
A
A
PELAKON Ardell Aryana meluahkan rasa kesalnya atas sikap tidak bertanggungjawab sebuah taman tema di Perak apabila tidak mengambil serius aduan yang dibuat pengunjung berhubung masalah keselamatan yang dihadapi ketika berada di sana.

Ardell menerusi laman Instagram miliknya berkongsi pengalaman pahit yang dilalui bersama keluarga Ahad lalu apabila kereta mereka kena pecah ketika mengunjungi taman tema tersebut.

Apa yang mengecewakan Ardell apabila aduan yang dibuat tidak mendapat perhatian sewajarnya dengan alasan kekuarangan kakitangan yang bertugas ketika itu.

ardell (1)
ardell (1)



“Kereta saya mengalami kerosakan pada dua cermin yang pecah termasuk kerosakan dalaman pintu sebelah kanan. Manakala mangsa kedua, kereta Encik Zarul satu cermin turut dipecahkan.

“Jadi sebagai pengunjung yang datang, apa tindakan sewajarnya kita kepada pihak taman tema itu?

“Dari segi keselamatan memang secara jujur dan penuh kecewa saya boleh katakan perlu dinaik taraf. Kerana apa? Kerana alasan yang diberikan tidak cukup orang. Kami cuma enam orang yang bertugas waktu ini. Taman tema besar, yang jaga enam orang?,” soal Ardell kecewa.

Tambah Ardell, pihak taman tema tersebut sepatutnya lebih bertangungjawab kepada pengunjung dan mengambil serius aduan yang dibuat pengunjung.

ardell-(2)
ardell-(2)

Artikel Berkaitan:


“Saya dan mangsa kedua masih tidak dapat berjumpa dengan pihak management, jadi saya berharap pihak mereka bertanggungjawab ke atas kami sebagai pengunjung.

“Kami bayar dan bukan nya masuk percuma. 27 orang semua bayar. Jadi harap jangan ignore kami punya report,” tulis Ardell.

Bagaimanapun, kata Ardell perkongsian yang dibuat ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar mahu pihak terbabit lebih bertanggungjawab.

“Saya berkata begini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi saya kecewa kerana harus menunggu selama dua jam di kereta selepas memberitahu staff tanpa apa-apa tindakan lalu meninggalkan saya sekeluarga di situ seperti mengemis.

“Family saya bergilir kena jalan jauh masuk ke dalam untuk bertanyakan soal ini. Yang kelakarnya, kes ni main pas-pas atas alasan ada show sedang dijalankan di dalam.

“Saya marah kerana mereka tidak bertanggungjawab. Dengar aduan kami, lalu meninggalkan kami selama dua jam itu bukan cara sepatutnya staff anda patut berikan kepada kami. Kalau anda, apakah tindakan anda supaya pihak itu bertanggungjawab ?

“Saya lakukan begini supaya selepas ini tidak ada lagi yang kena seperti saya sekeluarga dan Encik Zarul (mangsa ke2). Maaf andai terkasar bahasa, Family day yang tak menjadi,” luah Ardell kesal.