APMM Johor rampas 10 bubu naga

10 bubu naga yang dirampas APMM Zon Batu Pahat semalam.
10 bubu naga yang dirampas APMM Zon Batu Pahat semalam.
A
A
A

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia negeri melalui zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas10 unit bubu naga menerusi Op Jaksa atau Op Anchor di perairan Sungai Ayam, di sini, kira-kira 4 petang semalam.

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, peralatan menangkap ikan itu dikesan dipasang tanpa pengawasan oleh individu tidak bertanggungjawab semasa rondaan dilakukan oleh enam orang kru bot Maritim Malaysia.

"Kru bot berjaya merampas 10 unit bubu naga tersebut.

"Bubu naga berkenaan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan dengan cara menggunakan peralatan menangkap ikan secara haram iaitu bubu naga,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bubu naga yang dikesan di perairan Sungai Ayam.
Bubu naga yang dikesan di perairan Sungai Ayam.

Mohammad berkata, pihaknya memandang serius kesalahan itu serta serius dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

"Ini kerana penggunaan peralatan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain turut memerangkap anak-anak ikan komersial.

"Ia juga sekali gus beri kesan buruk kepada sumber hasil laut dan memusnahkan ekosistem,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau mengharapkan kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim yang berlaku di perairan negara ini.

"Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan pusat operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020," katanya.