Budak lelaki tergantung dijerut tali tersangkut

Paparan skrin video yang tular di media sosial.
Paparan skrin video yang tular di media sosial.
A
A
A

LEHER terjerut dengan tali yang tersangkut di pintu lif. Itu detik cemas dilalui seorang kanak-kanak lelaki dalam sebuah lif sebelum dia berjaya diselamatkan.

Dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 35 saat yang tular di media sosial memaparkan tiga kanak-kanak (dua perempuan dan seorang lelaki) memasuki sebuah lif.

Kanak-kanak lelaki itu dilihat menyeret seutas tali di kakinya yang kemudian tersekat di pintu lif apabila ia ditutup.

Apabila lif bergerak naik, tali itu dirakam menjerut leher kanak-kanak lelaki berkenaan menyebabkan dia tergantung di pintu lif.

Bagaimanapun, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai kakaknya dilihat dengan pantas memegang kaki dan mengeluarkan tali yang menjerut leher mangsa.

Kanak-kanak lelaki terbabit dilihat dalam keadaan baik selepas dilepaskan dari jerutan tali terbabit.

Maklumat terperinci mengenai lokasi kejadian dan identiti mangsa tidak diketahui berikutan ia dipercayai berlaku di luar negara.

Insiden itu menimbulkan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan:

Pelayar Facebook, Dato Zaki menulis berkemungkinan mangsa tidak perasan ada tali tersangkut di kakinya.

"Nasib dapat diselamatkan.. cuma sakit tu...," tulisnya di ruangan komen.

Nan Manjoi pula menulis detik itu mencemaskan namun kakak kanak-kanak terbabit kelihatan tenang selamatkan mangsa yang tergantung.

"Kejadian kanak-kanak tergantung oleh tali mainan itu berlaku di Instabul, Turki.

"Tolong perhatikan anak-anak anda ketika menaiki lif," tulisnya dengan tanda pagar #GlobalUpdate.