Dua lelaki ditahan miliki dadah

Salah seorang suspek yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan AADK Pulau Pinang di sebuah pangsapuri di Relau di sini semalam.
Salah seorang suspek yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan AADK Pulau Pinang di sebuah pangsapuri di Relau di sini semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua lelaki ditahan bersama sejumlah dadah dalam serbuan yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di sebuah pangsapuri di Relau di sini semalam.

Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Ibrahim Muhamad Said berkata, serbuan dilakukan jam 8 malam hasil risikan mengenai aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 32 tahun itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan di rumah berkenaan menemui 116.5g dadah dipercayai methampethamine serta 14 biji pil erimin 5.

"Turut dirampas daripada dua lelaki yang bekerja sebagai peniaga pakaian terpakai dan bekerja sendiri itu adalah peralatan membungkus serta alat penimbang dan wang tunai berjumlah RM27,244.

Dadah dan peralatan membungkus turut ditemui di dalam rumah berkenaan.
Dadah dan peralatan membungkus turut ditemui di dalam rumah berkenaan.

"Selain itu, kita turut merampas pelbagai senjata seperti beberapa bilah parang, pisau belati, rotan, gari dan buku lima yang terdapat di dalam rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek aktif melakukan pengedaran dadah di sekitar kawasan Relau dan Bayan Lepas sejak setahun lalu.

Katanya, kedua-dua mereka yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: