Syarikat besi didenda sebabkan kematian pekerja

Tia Bon (tengah) keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakannya.
Tia Bon (tengah) keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakannya.
A
A
A

IPOH - Sebuah syarikat pembuatan besi galvani, Lysaght Galvanized Steel Bhd didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas kecuaian menyebabkan kematian pekerja pada 22 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lysaght Galvanized Steel, Chua Tia Bon mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Lysaght Galvanized Steel gagal memastikan sistem kerja selamat bagi kerja memeriksa, membaiki dan menukar bumbung sehingga menyebabkan kemalangan maut ke atas Cheong Kim Loong, 55.

Kejadian itu didakwa berlaku di syarikat itu di sini pada 22 April 2019 jam 10 pagi.

Pertuduhan di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta sama itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fazira Azita Abdul Rashid sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: