Surau Belantara Pos Bihai rosak dibadai ribut

Satu pertiga daripada struktur surau musnah dibadai ribut dalam kejadian Selasa lalu.
Satu pertiga daripada struktur surau musnah dibadai ribut dalam kejadian Selasa lalu.
A
A
A

GUA MUSANG - Ribut yang melanda kawasan penempatan orang asli di Kampung Kuala Suma, Pos Bihai, Selasa lalu, menyebabkan sebuah surau baharu dibina di kawasan itu mengalami kerosakan.

Surau Belantara yang dibina hasil sumbangan melalui Yayasan Al-Khalifah itu rosak ditimpa pokok durian tumbang.

Wakil Yayasan Al-Khalifah, Nor Azhar Mohamed berkata, dia mengetahui kejadian itu melalui makluman daripada guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai.

Katanya, ribut kuat melanda Remau dan Kuala Suma sekitar jam 4 petang itu telah memusnahkan satu pertiga daripada struktur surau.

"Surau ini baharu sahaja dibina dan masih belum digunakan lagi kerana dalam persiapan terakhir iaitu proses mengecat.

"Pembinaan surau ini dimulakan pada awal tahun ini dan ketika itu pokok durian sedang berbunga. Ada sukarelawan yang membina surau ini pernah berseloroh 'kita akan dapat durian runtuh bulan Ogos nanti'.

"Namun, ALLAH SWT lebih berkuasa. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kesemua orang asli di sini selamat," katanya selepas meninjau kawasan berkenaan.

Orang ramai yang ingin membantu membeli barang binaan untuk surau tersebut boleh salurkan sumbangan ke akaun Al-Khalifah Foundation, 5640 1611 8396 (Maybank).

Artikel Berkaitan: