Pelancong bawa masuk ayam salai ditahan

Ayam salai seberat 10kg yang cuba dibawa masuk ditahan Maqis di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Khamis lalu.
Ayam salai seberat 10kg yang cuba dibawa masuk ditahan Maqis di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Khamis lalu.
A
A
A

KULAI - Seorang pelancong China berputih mata apabila ayam salai seberat 10 kilogram (kg) yang cuba dibawa masuk ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di balai ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Khamis lalu.

Mengikut kenyataan dikeluarkan Maqis, ayam salai tersebut telah disita untuk tindakan lanjut kerana tidak memiliki Permit Import (IP).

Ayam salai yang disita oleh Maqis.
Ayam salai yang disita oleh Maqis.

“Kegagalan mematuhi peraturan import boleh dikenakan kompaun sehingga RM50,000.

“Perbuatan mengimport hasilan haiwan tanpa IP yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama, iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Artikel Berkaitan: