Makkah lancar rangkaian 5G

Putera Khaled (tengah) dan Abdullah (kiri) melancarkan rangkaian teknologi 5G di Makkah, semalam. - Foto SPA
Putera Khaled (tengah) dan Abdullah (kiri) melancarkan rangkaian teknologi 5G di Makkah, semalam. - Foto SPA
A
A
A

MAKKAH - Rangkaian teknologi 5G kini dilancarkan di Makkah, fasa kedua bagi inisiatif ‘haji pintar’ yang bertujuan memberi perkhidmatan inovatif kepada jemaah melalui paltform digital berbeza.

Majlis perasmian disempurnakan Gabenor Makkah Putera Khaled Al-Faisal semalam, bersama Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Abdullah Al-Sawaha.

Menurut Abdullah Al-Sawaha, pelancaran teknologi 5G di kota suci itu akan mewujudkan 37 stesen yang bakal dibangunkan di seluruh Makkah.

Bagi mencapai tahap liputan dan kelajuan tertinggi, rangkaian 4G akan tersedia untuk mengukuhkan lagi pengalaman digital buat jemaah.

“Rangkaian 5G itu termasuk dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan disokong oleh usaha semua agensi kerajaan serta organisasi sektor swasta yang berkaitan,” katanya.

Pelancaran peringkat kedua inisiatif haji pintar itu juga merupakan lanjutan usaha inovatif kementerian yang dibuat pada musim tahun lalu.

Usaha tersebut termasuk perkhidmatan berkualiti seperti platform latihan bagi mereka yang ingin membantu jemaah haji, platform realiti maya untuk membantu jemaah haji asing dan platform telefon pintar untuk membolehkan jemaah haji memuat turun aplikasi. - Arab News

Artikel Berkaitan: