Pondok kosong musnah terbakar

Pasukan bomba membuat pemadaman selepas pondok terbabit munah daalam kebakaran semalam.
Pasukan bomba membuat pemadaman selepas pondok terbabit munah daalam kebakaran semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah pondok kosong musnah dalam kebakaran di Bukit Belimbing di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, bomba menerima panggilan daripada pemilik pondok terbabit pada jam 10.32 malam.

Menurutnya, operasi pemadaman pondok yang terletak di tepi jalan sebuah kebun itu diketuai Komander Operasi, Ahmad Rozali Jaimi bersama anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, kami dapati api merebak dengan cepat memusnahkan pondok berkenaan.

"Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman dan seterusnya pemeriksaan menyeluruh dijalankan di kawasan terbakar bagi memastikan tiada bahaya lain.

"Tiada kemalangan dilaporkan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12 tangah malam," katanya.

Katanya, punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: