Pulau Pinang hantar surat rayuan kepada PM

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini menghantar surat permohonan dana berjumlah RM10 bilion kepada Perdana Menteri bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dan Lebuh Raya Pan Island Link (PIL).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, urusetia kerajaan negeri sebelum ini menyemak butiran dan fakta lengkap mengenai projek berkenaan

"Fakta mengenai projek ini perlu lengkap," katanya pada sidang media di sini.

Khamis lalu, Kon Yeow mengesahkan Mesyuarat Exco Pulau Pinang bersetuju untuk menulis surat kepada kerajaan Pusat bagi memohon dana untuk LRT Bayan Lepas dan PIL bernilai kira-kira RM20 bilion.

Beliau berkata, jumlah itu adalah tambahan kepada RM1 bilion yang dimohon sebelum ini iaitu sebagai permulaan projek tambakan laut.

Bagaimanapun, permohonan pinjaman tambahan itu masih belum diputuskan.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan mengecilkan skala dan saiz kepada tiga pulau buatan pada Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang jika permohonan peruntukan itu diluluskan

Artikel Berkaitan: