Polis ambil keterangan wartawan media asing

Seorang wartawan dari agensi berita asing berada di Balai Polis Gerik untuk diambil keterangan bagi tujuan dokumentasi.
Seorang wartawan dari agensi berita asing berada di Balai Polis Gerik untuk diambil keterangan bagi tujuan dokumentasi.
A
A
A

GERIK - [DIKEMASKINI] Polis mengambil keterangan seorang wartawan agensi berita asing yang dipercayai membuat liputan berkaitan konflik antara pelesen dan masyarakat orang asli yang membantah aktiviti pembalakan di Kampung Sungai Papan di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar 10 pagi itu, satu lagi sekatan yang baru dibina kelmarin bagi menghalang kerja-kerja pembalakan di kawasan Hutan Simpan Air Chepam dirobohkan oleh pihak terlibat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, wanita berusia 30-an dipercayai warga Romania itu diambil keterangan bagi tujuan dokumentasi.

Halangan baru yang dibina penduduk orang asli telah dirobohkan oleh syarikat pembalakan hari ini.
Halangan baru yang dibina penduduk orang asli telah dirobohkan oleh syarikat pembalakan hari ini.

"Wanita terbabit berada di lokasi itu disyaki untuk buat liputan ketika syarikat pembalakan merobohkan sekatan yang dipasang penduduk orang asli.

“Wartawan yang bekerja di sebuah portal berita berpejabat di Kuala Lumpur itu dibawa ke balai untuk dokumentasi sahaja," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelindung Khazah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pihak berkuasa itu.

"Ia dilihat sebagai satu ancaman dalam kebebasan media. Setakat ini kita tidak tahu status wartawan terbabit. Peka minta campur tangan pihak kerajaan dan menteri untuk melindungi orang asli dari sebarang bentuk ancaman.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kita minta kerajaan mengekalkan status quo Kampung Sungai Papan dan Kampung Cunex sementara menunggu keputusan mahkamah bagi kes hak tanah orang asli," katanya.

Menurutnya sebarang aktiviti pembalakan perlu dihentikan supaya tiada lagi kemusnahan berlaku hingga menjejaskan cara hidup orang asli di kawasan terlibat.