Gangguan bekalan air di Petaling Jaya, Kuala Lumpur

Pengguna di beberapa kawasan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini berikutan insiden paip pecah di Lebuhraya Persekutuan.
Pengguna di beberapa kawasan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini berikutan insiden paip pecah di Lebuhraya Persekutuan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna di Seksyen 11 dan Seksyen 16, Petaling Jaya serta Jalan Pantai Baru dan Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan itu berikutan insiden paip pecah disebabkan kerja dilaksanakan pihak ketiga di KM6.6, Lebuhraya Persekutuan.

Menurut beliau, pihaknya sudah memulakan proses kerja pembaikan dan mengambil segala usaha bagi mempercepatkan kerja baik pulih paip yang pecah.

“Kami ingin maklumkan kepada pengguna di kawasan terlibat bahawa berlaku gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja dilaksanakan pihak ketiga berhampiran Kolam Air Pantai Kompleks.

“Berikutan insiden ini, dua kawasan di wilayah Petaling terlibat dengan penutupan bekalan air sementara dan gangguan bekalan air tidak berjadual bagi memberi laluan pelaksanaan kerja pembaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Raof berkata, pihaknya telah melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa dan pihak lain yang berkaitan.

Katanya, pihaknya memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan dialami berikutan gangguan bekalan air tersebut.

“Pengguna dinasihatkan agar merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk maklumat dan status terkini kerja pembaikan serta jangka masa siap,” katanya.

Artikel Berkaitan: