Srikandi Bersatu Kelantan nafi terlibat 'bottle cap challenge'

Video 'bottle cap challenge' yang dimuat naik ke laman sosial dua hari lalu lmengundang kecaman netizen.
Video 'bottle cap challenge' yang dimuat naik ke laman sosial dua hari lalu lmengundang kecaman netizen.
A
A
A

KOTA BHARU - Srikandi Bersatu Kelantan menegaskan perilaku dalam video 'bottle cap challenge' yang tular sebelum ini tiada kaitan dengan pergerakan itu.

Ketuanya, Zaleha Che Kob berkata, tindakan individu tersebut mungkin sekadar teknik mempromosi atau melariskan produk jualan.

“Secara prinsipnya, kami tidak menyokong malah membantah mana-mana wanita yang mempromosi produk dengan menggunakan cara sedemikian.

“Saya tegaskan sekali lagi, Srikandi Bersatu melarang mana-mana portal mengaitkan video itu dengan pergerakan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Srikandi Bersatu Kelantan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang berniat menyebarkan tuduhan palsu selain berniat jahat dan mahu melihat imej Srikandi Bersatu tercalar.

"Kami berasa kesal dengan penyebaran video ini dan mengaitkan perlakuan dengan Srikandi Bersatu," katanya.

Semalam, seorang usahawan produk Jamu Mahkota Dewi, Azira Maria Aziz, 40, memohon maaf sekiranya video 'bottle cap challenge' yang dimuat naik ke laman sosial dua hari lalu menyinggung sensitiviti rakyat negara ini.

Usahawan yang lebih dikenali sebagai Cikra itu berkata, dia tidak menyangka video tersebut tular dan menjadi kecaman netizen.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, video itu dibuat sekadar hiburan namun beranggapan secara kebetulan menjadi strategi pemasaran kerana produknya mula dikenali ramai selepas video berkenaan tular di laman sosial.

Katanya, pihaknya sudah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu semalam dan akan disusuli dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.