Pemandu degil berdepan denda

Pemandu yang meletakkan kenderaan berat di bahu jalan dikenakan tindakan oleh MDKL dan JPJ.
Pemandu yang meletakkan kenderaan berat di bahu jalan dikenakan tindakan oleh MDKL dan JPJ.
A
A
A

KUALA LANGAT - Sikap degil pemandu meletak kenderaan berat di kawasan larangan mengundang padah apabila bakal berdepan denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, dalam operasi dilaksanakan di sekitar Tanjong Sepat, Bandar Mahkota, Jenjarum dan Telok Panglima Garang baru-baru ini sebanyak 104 notis kesalahan dikeluarkan.

Menurutnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 11 notis kesalahan di bawah Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan berat yang ingkar dengan undang-undang.

“Tindakan meletakkan kenderaan berat seperti bas dan lori di kawasan taman perumahan dan bahu jalan antara kesalahan yang paling banyak dilakukan.

Pemandu yang meletakkan kenderaan berat di bahu jalan dikenakan tindakan oleh MDKL dan JPJ.
Pemandu yang meletakkan kenderaan berat di bahu jalan dikenakan tindakan oleh MDKL dan JPJ.

“Mereka ini dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Taman (MDKL) 2007 dan Sekyen 46 (1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Penerima notis boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM1,000 atau RM2,000 jika disabitkan bersalah di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, sebanyak 26 notis kesalahan dikeluarkan di Bandar Mahkota; Jenjarum (22 notis ); Banting dan Tanjong Sepat masing-masing(19 notis) dan Telok Panglima Garang 10 notis kesalahan dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

Bagi kesalahan di bawah Sekyen 46 (1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) sebanyak lapan notis kesalahan dikeluarkan di Banting (lima notis) dan Tanjong Sepat (tiga notis)

Katanya, beliau kesal perbuatan tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan ditempat tidak dibenarkan bakal merosakkan jalan di kawasan perumahan dan mengundang bahaya kepada penduduk khususnya kanak-kanak.

Sebanyak 104 notis kesalahan dikeluarkan MDKL dalam satu operasi baru-baru ini.
Sebanyak 104 notis kesalahan dikeluarkan MDKL dalam satu operasi baru-baru ini.

“Apabila keadaan ini berlaku, penduduk akan menyalahkan pihak MDKL sedangkan mereka tidak sedar dalam kalangan penduduk itu sendiri yang menyebabkan kerosakan jalan ini berlaku walaupun pihak MDKL telah melakukan kerja pembaikan.

“ Ini sekaligus menyebabkan pembaziran duit rakyat yang terpaksa digunakan bagi membaiki jalan yang sepatutnya boleh digunakan dalam waktu yang lebih lama,” katanya.