X

Kindly register in order to view this article
!

Segak, stailo Aidiladha bersama busana linen

A
A

MENJELANG Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut umat Islam pada 11 Ogos depan, gedung isi rumah popular dari Australia, Spotlight mengajak golongan jejaka dan wanita untuk tampil ‘lari daripada kebiasaan’.

Sebelum ini, sebahagian besar individu lebih cenderung memiliki busana tradisional sedia pakai berasaskan kain jenis sifon, sutera dan kapas kerana menyifatkan material itu bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.

Bagaimanapun, mungkin ada yang terlupa bahawa persalinan daripada fabrik linen juga ideal dipakai memandangkan sifat dan teksturnya serasi dengan keadaan panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini. Justeru, bagi memberi pendedahan akan kelebihan kain linen gedung Spotlight memperkenalkan set baju Melayu yang menggunakan linen premium dan kapas organik (organic cotton) sebagai material utama.

Inisiatif itu selari dengan operasi gedung tersebut yang menawarkan koleksi kain linen premium dan kapas organik bercorak kontemporari untuk para pelanggan.

Menurut Spotlight, busana daripada material linen sering dikaitkan dan menjadi pilihan kumpulan tokoh dan personaliti berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

"Ini disebabkan, harga semeter linen premium kadangkala dijual pada harga antara RM40 hingga RM100 berbanding kain lain yang harganya jauh lebih murah.

"Namun, bak kata pepatah Melayu alah membeli, menang memakai. Jadi tiada salahnya orang ramai berbelanja untuk membeli pakaian berasaskan linen demi penampilan yang segak, kemas dan menawan,” katanya dalam satu kenyataan kepada e-Trend baru-baru ini.

Kurta, baju Melayu

Bagi golongan Adam, baju kurta daripada linen premium antara pilihan tepat. Selain menyuntik kelainan pada penampilan harian pakaian berkenaan juga boleh digayakan untuk pelbagai majlis keramaian dan acara.

Selain kurta warna kelabu potongan yang berkancing butang pada lengan, Spotlight turut menampilkan kurta potongan tirus bagi menonjolkan sisi maskulin bersahaja kepada pemakai.

Sementara itu, kepada pencinta baju Melayu pula, jangan lepaskan peluang memiliki set fesyen itu yang hadir dalam tiga warna menarik seperti merah jambu belacan, kuning mustard dan hijau lumut kering.

Bagi menyerlahkan penampilan tatkala menyarungkan baju Melayu berkenaan para jejaka disaran memadankan bersama kain samping bercorak yang berona terang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!