Usaha bantu nasib malang penduduk orang Asli suku Bateq

CEMS bantu cari jawapan

MASYARAKAT oranga asli boleh 'terminum' merkuri sama ada secara terus meminum air sungai atau daripada ikan yang dimakan.
MASYARAKAT oranga asli boleh 'terminum' merkuri sama ada secara terus meminum air sungai atau daripada ikan yang dimakan.
A
A
A

TRAGEDI yang menimpa orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan sungguh memilukan.

Kematian yang berturut-turut dalam tempoh masa singkat cukup mencurigakan.

Dakwaan yang menyebut bahawa kematian mereka pencemaran air dan tanah daripada aktiviti perlombongan haram berdekatan dengan kampung berkenaan dipandang serius oleh sesetengah pihak.

Antaranya ialah pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan.

Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff memberitahu Bernama, pihaknya sedang membangunkan sistem Continues Enviromental Management System (CEMS).

Dr Abdul Hafidz berkata, beliau dan rakan-rakannya dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dan Fakulti Sains Bumi, UMK sedang berusaha membantu pihak berwajib.

“Sekiranya berjaya, masalah pencemaran akan segera diatasi kerana mendapat maklumat yang cepat,” katanya.

Ikuti kupasan lanjut mengenainya dan permasalahan penduduk Kampung Kuala Koh.

Artikel Berkaitan:



DAKWAAN pencemaran air dan tanah daripada aktiviti perlombongan haram berdekatan Kampung Kuala Koh yang dikaitkan sebagai punca kematian Orang Asli suku Batek baru-baru ini perlu dipandang serius.

Sehingga kini dakwaan itu terus berlegar dan menjadi tanda tanya apabila punca kematian sesetengah mangsa masih menjadi misteri walaupun bedah siasat sudah dijalankan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dalam kenyataannya baru-baru ini turut menyatakan 12 kematian Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh - yang meninggal dunia "secara misteri”antara 2 Mei dan 7 Jun - belum dapat diketahui sehingga keputusan ujian toksikologi, logam berat dan entomologi diperolehi.

Setakat artikel ini ditulis, hanya tiga daripada 15 kes kematian itu disahkan akibat demam campak.

PENDERITAAN penduduk mendapat perhatian ramai pihak.
PENDERITAAN penduduk mendapat perhatian ramai pihak.



Mungkin disebabkan pencemaran

Ekoran daripada dakwaan pencemaran yang menjadi punca kematian itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menjalankan kajian awal mendapati kebarangkalian terdapat pencemaran air dan tanah di sungai di Kampung Kuala Koh adalah tinggi.

Kajian awal melibatkan pengambilan sampel air dan tanah di Sungai Lebir dan beberapa anak sungai yang sering digunakan masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff, sampel yang dihantar ke makmal itu memberi petunjuk kemungkinan terdapat bahan toksik berbahaya di dalam enapan sedimen sungai berkenaan, yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan haram.

"Kajian kami setakat ini memberi petunjuk awal tentang kemungkinan terdapat bahan toksik berbahaya di dalam enapan sedimen di sungai berhampiran Kampung Kuala Koh dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan haram itu.

"Bagaimanapun jenis bahan toksik tersebut tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana ia masih di peringkat kajian," katanya kepada Bernama baru-baru ini, sambil menambah kajian tersebut dijangka siap pada November depan.

Beliau berkata, walaupun laporan yang dikeluarkan media sebelum ini menyatakan tiada unsur kimia berbahaya di dalam air sungai namun tahap pencemaran sungai tidak boleh diukur dengan hanya melihat kepada bahan pencemar di dalam sungai semata-mata.

Dalam laporan awal, keputusan yang dikeluarkan Jabatan Kimia pada 12 Jun lepas mendapati kualiti air di kawasan persampelan iaitu Sungai Lebir mematuhi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan Bagi Air Mentah.

Abdul Hafidz berkata logam toksik berbahaya seperti cadmium, merkuri dan arsenik biasanya mempunyai kepekatan yang rendah di dalam air walaupun sungai itu tercemar.

Merkuri di dalam air sungai yang berasal dari industri contohnya mungkin tidak akan banyak di dalam air tetapi mungkin banyak di dalam enapan sedimen.

"Kajian lanjut sedang dijalankan untuk mengesan kehadiran logam toksik berbahaya itu. Contoh teras sedimen dan zarah terampai di dalam air beberapa sungai di Kampung Kuala Koh diambil dan dikaji bagi menentukan logam toksik berbahaya tersebut," jelasnya.

MASYARAKAT orang asli mengharapkan bantuan pihak luar dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan air tercemar.
MASYARAKAT orang asli mengharapkan bantuan pihak luar dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan air tercemar.



Lakukan kajian terperinci

Menurut beliau lagi, merkuri tidak akan banyak di dalam air kerana dibawa bersama tanah terampai dari kawasan lombong dan terenap di dasar sungai.

Merkuri dalam enapan sungai kemudiannya larut ke dalam air sungai.

Beliau menjelaskan, masyarakat Orang Asli boleh 'terminum’ merkuri sama ada secara terus dengan meminum air sungai ataupun daripada ikan yang dimakan dimana ikan-ikan ini mengandungi merkuri di dalam badan yang diambil melalui proses bioakumulasi.

Kajian yang dilakukan UMK katanya bukan hanya di dalam air tetapi juga dalam enapan teras sedimen dan tanah terampai dalam air sungai. Kajian pencemaran di dalam teras sedimen ini akan memberikan petunjuk pola pencemaran yang berlaku dalam tempoh 10-15 tahun lalu menggunakan kaedah ‘sediment dating’.

Selain itu, kajian ke atas ikan yang diperolehi dari sungai Kuala Koh juga turut dilakukan untuk melihat kepekatan logam berbahaya di dalam badan ikan.

"Saya yakin ini akan memberi keputusan yang lebih tepat berkenaan status pencemaran sungai berbanding dengan hanya melihat kepada air sahaja," katanya.

Abdul Hafidz berkata tinjauan yang dilakukan di Kampung Kuala Koh mendapati masyarakat Orang Asli sememangnya tidak mempunyai sumber air bersih dan mereka minum air secara terus daripada sungai.

"Ini tentunya membahayakan nyawa penduduk Orang Asli sekiranya sungai di kawasan tersebut tercemar," katanya.

Keadaan menjadi bertambah serius apabila kesedaran Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh terhadap keperluan air bersih sangat rendah.

"Memang terdapat inisiatif sebelum ini daripada pihak berwajib menyediakan tangki simpanan untuk air yang ditapis tetapi malangnya telah rosak,” katanya.