Menangi hadiah lumayan pertandingan seni lukis Malaysian Heritage: ‘A Timeless Expression’

A
A
A

BUAT mereka berbakat, rebut peluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan dengan menyertai pertandingan seni lukis yang bertemakan Malaysian Heritage: ‘A Timeless Expression’.

Pertandingan anjuran induk pelaburan swasta Malaysia, Syarikat Usaha Tegas Sdn Bhd dimiliki oleh ahli perniagaan tersohor Malaysia, Ananda Krishnan itu membuka penyertaan kepada semua pelajar Malaysia di seluruh negara.

Mereka yang sedang melanjutkan pengajian tinggi berminat mahu mempamerkan bakat boleh menghantar hasil seni lukis masing-masing sehingga 15 Ogos 2019.

Tiada had bilangan hasil seni lukis yang ingin dihantar. Karya perlulah terdiri daripada salah satu kategori berikut: minyak atau akrilik; cat air; arang atau pensel atau dakwat; seni cetakan serta media campuran.

Pemenang tempat pertama untuk setiap kategori akan menerima wang tunai RM8,000. Naib juara akan menerima wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga bakal mendapat RM2,000.

Dua pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM500.

Sijil anugerah dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500 atau yang sama nilainya akan dihadiahkan kepada semua pemenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, hubungi Jawatankuasa Usaha Tegas Heritage; emel, UTHeritage@ut.com.my atau di Instagram - UT Heritage Art Competition (@heritageartcompetition)

Artikel Berkaitan:

LUKISAN menarik yang turut mendapat anugerah pada pertandingan tahun lepas.
LUKISAN menarik yang turut mendapat anugerah pada pertandingan tahun lepas.

KARYA seni Muhammad Amirul berjudul Panggilan Dari Mama memenangi hadiah pertama pertandingan tahun lepas.
KARYA seni Muhammad Amirul berjudul Panggilan Dari Mama memenangi hadiah pertama pertandingan tahun lepas.