Boleh tahan tajam juga u-turn kali ni...

Najib mempertikaikan usaha kerajaan mempercepatkan bayaran BSH yang mempunyai kaitan dengan amalan rasuah dan 'cash is king'.
Najib mempertikaikan usaha kerajaan mempercepatkan bayaran BSH yang mempunyai kaitan dengan amalan rasuah dan 'cash is king'.
A
A
A
SHAH ALAM - Langkah kerajaan mempercepatkan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) dipertikaikan kerana dilihat seolah-olah mempercepatkan amalan rasuah, dedak dan 'cash is king'.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika kerajaan yang ditadbirnya sebelum ini membuat pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembangkang yang ketika ini menjadi kerajaan kerap menggunakan tuduhan berkenaan terhadap BN.

"Dulu PH bukan main kerap lagi tuduh BR1M kerajaan BN dahulu ialah rasuah, dedak dan 'cash is king'. Kini PH mahu mempercepatkan bayaran BR1M.

"Mempercepatkan apa? Mempercepatkan rasuah, dedak dan 'cash is king' kepada rakyat? Boleh tahan tajam juga u-turn terbaru ini," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran BSH fasa pertama akan dilaksanakan 28 Januari 2019 mengikut pangkalan data dan kaedah lama.

Katanya, kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat cepat sebelum Februari 2019.

Dalam pada itu, Najib berkata, tindakan kerajaan itu merupakan satu tanda bahawa PH tahu keadaan sebenar ekonomi hari ini lebih teruk dari jangkaan orang ramai.

"Mereka sedar rakyat sudah mula marah dengan kerajaan PH dan keadaan ekonomi yang semakin menurun," katanya.

Jika BN masih mentadbir negara dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) masih dilaksanakan, beliau berkata, bayaran BR1M pertama untuk bulan depan bukan hanya RM300, tetapi sekurang-kurangnya RM600 seorang.
Artikel Berkaitan:


Bukan itu sahaja, katanya, kerajaan BN sebelum ini membayar BRIM kepada 7 juta isi rumah, berbanding 3.7 juta ketika pentadbiran PH kini.

Menurutnya, BN juga memberikan BR1M kepada orang bujang dari golongan B40, namun ia diketepikan kerajaan hari ini.

"Tak ada orang bujang yang susah ke?

"Tidakkah orang bujang juga mengundi PH 9 Mei lalu? Malah ada yang berjuang bersungguh-sungguh di laman sosial? Apa kata orang bujang?," soalnya.