Skim IPR distruktur semula: Amirudin

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang mana perlu diteruskan, dijenamakan atau digugurkan pada Penjajaran Smart Selangor IPR pada 30 Ogos ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata sebanyak lapan skim IPR terlibat dalam penjajaran tersebut.

"Ia akan melibatkan Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Peduli Sihat, Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas, Skim Kesihatan Wanita, Bantuan Sihat Selangor, Skim Rumah Selangorku.

“Kerajaan Negeri meletakkan satu jaringan kepada syarikat Communication Corporation Sdn Bhd untuk menggabungkan semua pangkalan data Smart Selangor IPR ini ke dalam satu sistem," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Katanya, selepas ini penyelenggara dan pengendali boleh menyemak dan menggalakkan rakyat untuk daftar ke dalam satu sistem.

“Kerajaan Negeri meletakkan satu jaringan kepada syarikat Communication Corporation Sdn Bhd untuk menggabungkan semua pangkalan data Smart Selangor IPR ini ke dalam satu sistem.

“Kelapan-lapan data skim ini sudah dikumpulkan 100 peratus dan bulan Ogos nanti kita akan melancarkan serta jelaskan apakah Smart Selangor IPR ini kepada umum," katanya.

Artikel Berkaitan: