Wang tunai lagi? Ayo, kata bekas pegawai bank

Najib Razak - Foto Bernama
Najib Razak - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berjuta-juta ringgit dalam bentuk wang tunai telah didepositkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak dari Jun 2014 hingga Mac 2015, walaupun diperingatkan oleh pegawai bank mengenai kemungkinan ia mencetuskan amaran mengenai pengubahan wang haram, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping berkata beliau telah memperingatkan ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil, yang memegang mandat kepada akaun Najib, mengenai penerimaan deposit wang tunai dalam jumlah yang sangat besar di kaunter bank mungkin boleh mencetuskan kebimbangan mengenai pengubahan wang haram.

Yu, 48, saksi pendakwaan ke-54 bersetuju dengan cadangan peguam Harvinderjit Singh bahawa jumlah keseluruhan wang tunai yang didepositkan menerusi 19 transaksi ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan nombor 880 dan 906 antara Jun 2014 dan Mac 2015, ialah sebanyak RM12.379 juta.

Menjawab soalan peguam bahawa kedua-dua Nik Faisal dan Jho Low tidak mengikut nasihat beliau supaya tidak mendepostikan wang dalam bentuk wang tunai, saksi itu berkata "mereka tetap hantar wang tunai.”

Ditanya oleh peguam sama ada kesemua transaksi kewangan itu adalah atas arahan Jho Low, saksi itu berkata,"Ya, dia terlibat, dan dia berkata bahawa akaun itu adalah akaun MNR (MNR merujuk kepada Mohd Najib Razak).

Sambil membaca catatan log BBM mengenai perbualan antara Yu dan Jho Low bertarikh 15 Jan 2015, Harvinderjit berkata Jho Low memberitahu kamu, "kami perlukan RM1 juta” dan Yu menjawab

"Wang tunai lagi? Aiyo.”

Harvinderjit: Alasan kamu memberikan kerjasama pada Januari 2015, kerana isu AMLA dan kamu tidak mahu terlibat lagi.

Artikel Berkaitan:

Yu: Kami memberitahu mereka (Jho Low dan Nik Faisal) jangan wang tunai tapi mereka tetap melakukannya. Beliau (Nik Faisal) berkata ini kali terakhir (untuk mendepositkan wang tunai) tapi ia masih berlaku lagi.

Harvinderjit: Lihat perbualan kamu dengan "Mr Kee” pada 13 Jan, 2015, di mana pesanan ringkas kamu kepadanya dia ialah "Tolong gunakan akaun CIMB kamu la, kami tak boleh terima RM2.2 juta dalam bentuk wang tunai, ia akan mencetuskan bendera merah AMLA.” Apa yang saya faham transaksi itu akan dipindahkan ke bank lain?

Yu: Saya mengandaikan mereka tetap akan memasukkan wang ke cawangan bank kami.

Harvinderjit: Melihat kepada transaksi-transaksi wang tunai itu, adakah kamu bersetuju bahawa setiap deposit wang tunai itu dilakukan atas arahan Jho Low?

Yu: Ya, dia terlibat.

Harvinderjit: Deposti tunai segera untuk memastikan kaun itu tetap aktif dan chek tidak kena tendang.

Yu: Dia (Jho Low) bebeberapa kali mengatakan ia akaun MNR.

Najib, 66, sedang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. -Bernama