Aiman, Zahirah kahwin Februari 2020

Pelakon, Aiman dan Zahirah
Pelakon, Aiman dan Zahirah
A
A
A

PELAKON, Aiman Hakim dan kekasih hati, Zahirah MacWilson bakal berkahwin pada Februari 2020.

Bagaimanapun, menurut pasangan merpati dua sejoli itu, belum ada ketetapan tarikh.

“Kami akan mengadakan satu majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak sekali gus.

“Namun kami belum ada tarikh yang muktamad lagi sebab bergantung kepada kelapangan tarikh di lokasi majlis,” kongsi pasangan pelakon drama Curi Curi Cinta.

Pelakon, Aiman dan Zahirah
Pelakon, Aiman dan Zahirah

Pasangan Aiman, 30 dan Zahirah, 25 ditemui pada sidang media pengumuman perkahwinan sekali gus memperkenalkan kafe Aiman, Bakerfellas di Ara Damansara.

Ditanya mengenai persiapan lain selain tarikh lokasi, Zahirah memberikan jawapan ringkas.

“Belum ada lagi, selepas sidang media ini dan esok hari baru saya dan Aiman akan duduk berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan.

Artikel Berkaitan:

“Begitu juga fasal kursus kahwin, kami belum pergi lagu,” akhirinya.

Untuk rekod, pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan mereka pada 8 Jun lalu di Perth, Australia.