X

Kindly register in order to view this article
!

MB Pahang ketuai misi perdagangan ke Singapura

WAN ROSDY
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai misi perdagangan kerajaan negeri ke Singapura selama dua hari bermula esok.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar menteri besar, kunjungan itu sempena Forum Pelaburan Pahang 2019 akan diadakan di sebuah hotel terkemuka dan dijangka lebih 150 peserta termasuk dalam kalangan syarikat-syarikat serta syarikat-syarikat multinasional yang berpejabat di negara republik itu akan hadir.

Berdasarkan kenyataan itu, PIF 2019 adalah anjuran kerajaan negeri menerusi kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura dan Persekutuan Pengilang-pengilang Singapura.

“Wan Rosdy dijangka akan menyampaikan ucapan yang antara lain menyentuh tentang tarikan-tarikan menarik bagi pelabur untuk melabur ke negeri ini esok,” katanya.

Forum itu akan dihadiri dan dan memberi ucapan sebelum Wan Rosdy ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zainol Rahim Zainuddin, dan Presiden SMF, Encik Douglas Foo.

Kenyataan itu memaklumkan, pengisian lain dalam PIF 2019 ialah Perbincangan Panel bertajuk 'Peluang Pelaburan di Pahang' oleh Pengerusi Pahang Skills, Datuk Mas’ut Awang Samah.

“Ahli-ahli panel yang terlibat dalam sesi Panel Perbincangan ini antara lainnya ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Singapura; Ahmad Tajudin Omar dan dari Isuzu HICOM Malaysia Sdn Bhd, Nik Mohd Zaidi Nik Mohd Zain.

Dalam pada itu, menurut kenyataan yang sama lagi, Wan Rosdy akan mengadakan sekurang-kurangnya lima perjumpaan perniagaan dengan wakil-wakil syarikat terkemuka Singapura.

Jelasnya, kedua-dua Exco kerajaan yang turut serta dalam misi perdagangan ini ialah Datuk Seri Mohd Sharkar dan Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak.

“Mereka ini dijangka akan mengadakan sesi Perjumpaan Perniagaan secara berasingan dengan wakil-wakil syarikat yang berkenaan,” katanya.

Jelas kenyataan itu, pada hari kedua, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak dengan syarikat-syarikat terbabit.

“Wan Rosdy akan menyaksikan majlis tersebut bagi menandakan komitmen dan persetujuan syarikat-syarikat berkenaan untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi ke negeri ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus