Ratusan bomba padam kebakaran hutan di Perancis

Kebakaran hutan berhampiran bandar Montbazin tercetus sejak Selasa lalu dan merebak ke kawasan penempatan penduduk.
Kebakaran hutan berhampiran bandar Montbazin tercetus sejak Selasa lalu dan merebak ke kawasan penempatan penduduk.
A
A
A

PARIS - Kira-kira 200 anggota bomba tambahan dikerah ke bahagian selatan Perancis di Herault bagi memadam kebakaran hutan yang tercetus sejak Selasa lalu.

Menurut laporan, kebakaran berhampiran bandar Montbazin itu merebak dan memusnahkan kawasan hutan seluas hampir 30 hektar.

Sebanyak empat buah rumah musnah dan hampir 170 orang penduduk dipindahkan ke lokasi selamat.

Terdahulu, seramai 300 anggota bomba dibantu 90 buah jentera dan tujuh pesawat ringan dihantar ke bandar tersebut bagi mengawal kebakaran.

Asap tebal juga dapat dilihat sejauh 30 kilometer.

Cuaca panas dan gelombang haba dipercayai pencetus kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: