Peminat raja buah punya pilihan bakso durian

Helmy Abd Rashid, 48, (kiri) bersama isterinya Rosmawati Ghazali, 47, menunjukkan bakso citarasa durian yang direkanya dari cetusan idea kreatif di gerainya di Pasar Tani Kekal (PTK) Nyiur Tujuh bagi memenuhi selera peminat durian seiring dengan musim durian sekarang.
Helmy yang berpengalaman selama 20 tahun menjual bakso telah memberanikan diri dengan menggabungkan makanan berasal dari Indonesia itu bersama raja buah yang nyata mendapat sambutan peminat tempatan.
Beliau meemperkenalkan bakso digerainya dalam tiga versi iaitu isi durian digaul dengan bebola daging, isi durian disaluti isi daging dan isi durian segar dihidangkan bersama sup bakso.
Helmy juga berjaya mencipta 13 jenis rempah bagi menghasilkan rasa sup yang asli dan enak.- Foto Bernama
Helmy Abd Rashid, 48, (kiri) bersama isterinya Rosmawati Ghazali, 47, menunjukkan bakso citarasa durian yang direkanya dari cetusan idea kreatif di gerainya di Pasar Tani Kekal (PTK) Nyiur Tujuh bagi memenuhi selera peminat durian seiring dengan musim durian sekarang. Helmy yang berpengalaman selama 20 tahun menjual bakso telah memberanikan diri dengan menggabungkan makanan berasal dari Indonesia itu bersama raja buah yang nyata mendapat sambutan peminat tempatan. Beliau meemperkenalkan bakso digerainya dalam tiga versi iaitu isi durian digaul dengan bebola daging, isi durian disaluti isi daging dan isi durian segar dihidangkan bersama sup bakso. Helmy juga berjaya mencipta 13 jenis rempah bagi menghasilkan rasa sup yang asli dan enak.- Foto Bernama
A
A
A

JERTIH - Musim durian mencetuskan idea kreatif kepada seorang peniaga bakso di Pasar Tani Kekal (PTK) Nyiur Tujuh di sini untuk menghasilkan menu kombinasi bakso durian.

Helmy Abd Rashid, 48, atau lebih dikenali Abe Pok Mie berkata, pada mulanya dia kurang yakin dengan idea menggabungkan makanan dari Indonesia itu bersama raja buah kerana bimbang tidak mendapat sambutan.

Namun dia memberanikan diri untuk memperkenalkan menu baharu itu pada program Showcase dan Klinik Usahawan yang dianjurkan kerajaan negeri di Jertih pada awal bulan ini.

“Sebelum ini saya ada terfikir untuk mencipta menu baharu tapi saya takut untuk mencuba kerana risau tidak mendapat sambutan daripada pelanggan. Lagipun bila difikirkan kembali macam pelik juga bakso dicampur dengan durian.

“Namun apabila saya cuba bawa menu ini ke program keusahawanan itu, ternyata ia mendapat sambutan dan ramai yang bertanya di mana mereka boleh dapatkan bakso durian ini,” katanya ketika di temui di gerai baksonya di PTK Nyior Tujuh di sini.

Helmy memperkenalkan bakso durian di gerainya dalam tiga versi iaitu isi durian digaul bersama bebola daging, seulas durian disalut isi daging dan isi durian yang segar dihidang bersama sup bakso.

Bapa kepada empat anak itu menjual bakso durian pada harga RM5 hingga RM10 bergantung kepada jenis buah durian yang diminta pelanggan.

Menurutnya, proses pembuatan bakso durian juga agak rumit berbanding bakso biasa kerana daging yang dikisar perlu diuli dengan tangan satu persatu bersama isi durian.

Artikel Berkaitan:

Menghasilkan bakso durian bukan sahaja memerlukan kemahiran malah pemilihan jenis durian juga perlu dititikberatkan agar rasa durian masih kekal walaupun dimasak bersama sup, katanya.

“Selalunya saya memilih durian musang king atau durian kampung yang berkualiti tinggi kerana isinya yang tebal, bergas dan rasa lemak untuk menaikkan lagi rasa durian dalam bakso tanpa menghasilkan rasa muak,” katanya.

Berpengalaman 20 tahun berniaga bakso di pelbagai tempat termasuk Kuala Lumpur, Helmy berkata, sup bakso yang dijualnya juga direneh bersama 13 jenis rempah bagi menghasilkan rasa sup yang asli dan enak. - Bernama