BMW kena simbah asid

Kesan kakisan pada kenderaan akibat perbuatan khidmat dengan menyimbah asid.
Kesan kakisan pada kenderaan akibat perbuatan khidmat dengan menyimbah asid.
A
A
A

IPOH - Sebuah kereta mewah jenama BMW yang diparkir di belakang sebuah kedai mencuci kereta dikesan mengalami kerosakan dipercayai disimbah asid.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 7.50 malam semalam apabila mangsa meletakkan kenderaan BMW 320 warna putih miliknya di belakang kedai cuci kereta bersebelahan sebuah restoran di Taman Pasir Puteh Selatan, di sini.

Katanya, apabila mangsa kembali ke kenderaan tersebut, terdapat kesan seperti disimbah asid di bahagian pintu belakang dan bumbung kereta.

"Berdasarkan maklumat pengadu, dia tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut kerana mengakui tidak bermusuh dengan sesiapa.

"Kita juga menerima empat laporan polis berkaitan kes tersebut di lokasi sama dan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan saksi awam tidak nampak kejadian yang berlaku," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mohd Ali berkata, siasatan ke atas kenderaan berkenaan mendapati terdapat kesan kakisan cat pada pintu kiri bahagian belakang kereta milik pengadu dan anggaran kerugian tidak dapat dipastikan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Artikel Berkaitan: