Amirudin nafi boikot mesyuarat PKR

 Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari nafi memboikot program anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk mesyuarat Majlis Kepimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diadakan baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata tidak timbul soal boikot-memboikot.

"Saya hadir dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, kalau nak boikot saya tak hadir langsung.

"Mesyuarat yang diadakan bulan puasa lepas saya hadir, tapi yang diadakan lepas raya saya tak hadir sebab tak sempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di ruang lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Terdahulu, Amirudin dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat MPP PKR baru-baru ini yang berlangsung di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: