X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita diugut bekas teman lelaki sebar video intim

Razmi Mohd Gunnos
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diugut bekas teman lelakinya yang mahu menyebarkan video intim mereka di laman sosial Facebook.

Wanita berusia 45 tahun itu turut diugut video yang pernah dirakam mereka sebelum ini semasa menyewa di sebuah homestay akan disebarkan kepada rakan sepejabatnya.

Menurut sumber, kata-kata ugutan itu diterima melalui mesej yang dihantar lelaki tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp kira-kira jam 5.30 petang, Ahad lalu.

Jelas sumber, ugutan itu dibuat selepas suspek memaksa mangsa menyerahkan sejumlah wang dengan memberi tempoh beberapa jam sahaja.

"Sebelum itu, suspek ada menghantar WhatsApp meminta RM1,000 daripada mangsa dan mengarahkan agar menyerahkan wang berkenaan sebelum jam 8 malam hari sama.

"Suspek mengugut sekiranya wanita itu enggan berbuat demikian, dia akan menyebarkan video aksi intim mereka ke dalam laman sosial termasuk juga kepada semua rakan sekerja mangsa," kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, mangsa risau dengan ugutan bekas teman lelaki dikenali di laman sosial sejak enam bulan lalu memandangkan video dimaksudkan memang berada dalam simpanan telefon bimbit suspek.

"Risau maruahnya akan tercemar, mangsa nekad membuat laporan polis mendakwa dirinya menjadi mangsa pemerasan bekas teman lelakinya itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan kejadian dibuat mangsa di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.