Waspada aplikasi mudah alih telefon anda

KEMUDAHAN telefon pintar cukup penting dalam kehidupan seharian dan statistik menunjukkan kira-kira 1.17 bilion telefon dan lebih 500 juta langganan jalur lebar mudah alih direkodkan.
KEMUDAHAN telefon pintar cukup penting dalam kehidupan seharian dan statistik menunjukkan kira-kira 1.17 bilion telefon dan lebih 500 juta langganan jalur lebar mudah alih direkodkan.
A
A
A

TIDAK dinafikan telefon pintar cukup penting dalam kehidupan seharian. Statistik menunjukkan kira-kira 1.17 bilion telefon dan lebih 500 juta langganan jalur lebar mudah alih direkodkan seiring kemajuan teknologi digital.

Bagaimanapun, adakah aplikasi pintar yang dimuat turun selamat? Berikut adalah beberapa ancaman aplikasi peranti mudah alih yang perlu pengguna berhati-hati:

RISIKO aplikasi pengklonan terhadap data peribadi pengguna.
RISIKO aplikasi pengklonan terhadap data peribadi pengguna.

Klon aplikasi

Segelintir Mobile Operating Systems seperti Android lebih terdedah kepada malware yang boleh menjejaskan data dan mencuri maklumat pengguna. Mereka mencuri kod atau banyak aplikasi popular yang berniat jahat seperti pengklonan aplikasi.

Biasanya aplikasi itu nampak ‘sah’ namun apabila dimuat turun, mereka akan memaksa pengguna memberi akses penuh terhadap telefon termasuk foto, maklumat peribadi, kata laluan dan sebagainya.

APLIKASI yang dimuat turun ada sisi bahaya sendiri kerana tanpa disedari, data pengguna mudah digodam.
APLIKASI yang dimuat turun ada sisi bahaya sendiri kerana tanpa disedari, data pengguna mudah digodam.

Artikel Berkaitan:

Torrents

Ramai pengguna gemar memuat turun dan berkongsi fail melalui aplikasi dan perisian, filem, muzik serta permainan atau lain-lain melalui laman web hosting kandungan seperti torrents malah ada juga melalui sambungan Bluetooth.

Pun begitu harus diingatkan, kebanyakan bahan cetak rompak ada sisi bahaya sendiri. Tanpa disedari, segelintir malware berjaya mendapatkan akses kepada data yang disimpan dalam peranti mudah alih.

KEMUDAHAN slot cas percuma perlu diperiksa sebelum digunakan.
KEMUDAHAN slot cas percuma perlu diperiksa sebelum digunakan.

Slot cas percuma

Jangan beranggapan slot penyambungan pengecasan telefon pintar di kafetaria, pusat membeli belah, stesen keretapi dan lapangan terbang selamat. Ini kerana ada pelbagai helah digunakan penjenayah siber untuk mencuri data jika slot cas percuma terbabit diubah suai.

Selain daripada ancaman itu, ada kemungkinan aplikasi yang sah tidak selamat atau mempunyai kelemahan dalam pengekodan mereka. Ia boleh membiarkan virus 'trojan' berbahaya membaca dan menghantar kandungan e-mel dan SMS kepada penggodam. Bayangkan situasi apabila nombor sekuriti bank anda diterima penggodam tanpa anda sedari.

Jadi, setiap kali pengguna membeli telefon bimbit baharu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah untuk memuat turun antivirus yang terkenal, berbayar atau antimalware.

Terdapat kemungkinan bahawa beberapa aplikasi perisian antivirus yang ‘percuma’ adalah malware, adware atau bloatware. Ia mungkin membanjiri anda dengan iklan dan pop yang boleh memusnahkan telefon anda sekelip mata.