Dua peniaga didakwa beri suapan kepada pegawai Imigresen

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.
A
A
A

IPOH - Dua peniaga mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi suapan kepada seorang Penolong Penguasa Imigresen di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini hari ini.

Tertuduh, Fabian Dang Wen Min, 51, dan Choo Chee Seng, 47, didakwa memberi suapan sebanyak RM5,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen, Jabatan Imigresen Perak, Abdul Majid Mohamed di Restoran Pizza Hut, Jalan Meru Bestari B2, Meru Bestari di sini pada jam 3.56 petang, 13 Oktober 2017.

Mengikut pertuduhan, suapan tersebut diberikan sebagai dorongan kepada Abdul Majid agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik sebuah kopitiam, Chee Seng di Pekan Menglembu di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji empat pekerja warga asing dari Bangladesh yang tidak mempunyai permit pekerjaan.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Di bawah akta tersebut, mereka boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah dan tertuduh memahaminya namun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim S Indira Nehru.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin yang mengendalikan pendakwaan itu menawarkan jaminan sebanyak RM25,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam, Shahidah Muslimah dan Mohd Khairul Fairuz Rahman yang mewakili Wen Meng dan Chee Seng meminta mahkamah mengurangkan jaminan tersebut kepada RM5,000.

Artikel Berkaitan:

Indra Nehru memutuskan jaminan sebanyak RM15,000 ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.