Tiga cedera, kedai perabot terbakar

Sebuah kedai perabot musnah di Simpang Bukit Mendi, Triang, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Sebuah kedai perabot musnah di Simpang Bukit Mendi, Triang, musnah dalam kebakaran malam tadi.
A
A
A

BERA - Sebuah kedai perabot tiga pintu musnah dalam kebakaran di Simpang Bukit Mendi, Triang, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, turut terbakar sebuah kedai makan dan kedai bengkel yang mengalami kerosakan hampir 20 peratus.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.41 malam, tadi.

“Lapan anggota Bomba Triang dibantu Bomba Bukit Angin bersama lima anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela Kemayan (PBS) telah lokasi kejadian.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: