JKM minta ibu Ziqry tampil

JKM minta ibu Ziqry tampil bagi membantu urusan proses dokumentasi.
JKM minta ibu Ziqry tampil bagi membantu urusan proses dokumentasi.
A
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling memohon ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun tampil bagi membantu proses dokumentasi dan juga penjagaan kanak-kanak itu.

Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Nor Asmanizah Ahmad berkata, Muhammad Ziqry, yang juga orang kelainan upaya (OKU) di bawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 11 Julai selepas didapati menjadi mangsa pengabaian oleh ibu kandung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu kandung Ziqry, Norliza Mohamad Nor meninggalkannya kepada seorang wanita bernama Julia Ilyas ketika berusia 10 hari.

“Alasan diberi ibu kandung meletakkan anaknya di bawah jagaan Julia adalah untuk menguruskan perkahwinannya.

“Bagaimanapun, sejak tahun 2014 hingga sekarang ibu kandung tidak lagi berhubung dengan penjaga atau anaknya. Kanak-kanak juga tiada sijil lahir sewaktu diserahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut yang mengalami kecacatan fizikal tidak mendapat pendidikan sewajarnya kerana masalah dokumentasi.

"Sehubungan itu, JKM memohon ibu kandung atau waris kanak-kanak tampil bagi memudahkan urusan dokumentasi dan juga penjagaan kanak-kanak tersebut.

“Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 0378422584/87,” katanya.

Artikel Berkaitan: