Jual durian 500kg sehari di Gua Musang

Nasrul (tengah) menunjukkan isi musang king yang dijual dengan harga bermula RM20 hingga RM40 sekilogram.
Nasrul (tengah) menunjukkan isi musang king yang dijual dengan harga bermula RM20 hingga RM40 sekilogram.
A
A
A

GUA MUSANG - Meskipun lambakan peraih mempertaruhkan dagangan durian, namun peraih ini mampu menghabiskan jualan 500kg durian dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Menurut Mohd Nasrul Husian, 39, tahun keempat berniaga durian, dia mengakui gerainya semakin dikenali dan mendapat sambutan luar jangkaan.

Katanya, bertapak di gerai hadapan kuarters Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, Nasrul menjual pelbagai jenis durian termasuk musang king.

"Sebelum ini, saya meniaga di sekitar bandar Gua Musang dan tidak sangka tahun ini adalah tahun rezeki buat saya. Saya menjual pelbagai jenis durian termasuk durian kampung, D24, tekka dan musang king.

"Harga bermula dari RM5 untuk durian kampung. Bagi musang king, saya jual dengan harga serendah RM20 hingga RM40 sekilogram. Saya hanya mengambil durian di Kelantan sahaja khususnya Gua Musang.

"Ini kerana rata-rata durian di Kelantan menggunakan baja organik dan kita boleh membezakan antara baja kimia atau organik menerusi warna," katanya hari ini.

Tambah Nasrul yang berasal dari Machang ini, dia mampu meraih keuntungan sehingga RM1,000 sehari.

"Alhamdullillah, saya amat mementingkan kepuasan pelanggan. Sekiranya durian jualan saya rosak, pelanggan boleh menuntut durian lain sebagai ganti.

Artikel Berkaitan:

"Saya mula menjual durian sejak lebih sebulan lalu. Selain durian dan beberapa jenis buah lain seperti rambutan dan manggis. Melihat kepada sambutan pelanggan, saya bercadang untuk membuka kedai buah-buahan di daerah ini," katanya.