Pemilik tanah digesa tampil

Nik Muhammad Faiz menunjukkan senarai nama, pengenalan diri pemilik serta perihal tanah yang mempunyai tunggakan hasil RM1,000 ke atas.
Nik Muhammad Faiz menunjukkan senarai nama, pengenalan diri pemilik serta perihal tanah yang mempunyai tunggakan hasil RM1,000 ke atas.
A
A
A
JELI - Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli menggesa pemilik tanah di daerah ini untuk tampil dan menjelaskan tunggakan cukai tanah mereka dengan segera.

Penolong Ketua Jajahan, Nik Muhammad Faiz Nik Muhammad Hanif berkata, mereka terdiri daripada 482 pemilik tanah di daerah ini yang mempunyai tunggakan RM1,000 dan ke atas.

“Tempoh enam bulan bermula 15 November lalu diberikan kepada pemilik tanah untuk menyelesaikan tunggakan masing-masing.

“Kita harap pemilik tanah terlibat dapat tampil dengan segera bagi menyelesaikan tunggakan mereka sebelum tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Muhammad Faiz berkata, senarai nama dan maklumat terperinci mengenai perihal tanah terlibat juga telah disiarkan melalui pemberitahuan di Sinar Harian pada 15 November lalu sebagai peringatan kepada pihak berkenaan.
Artikel Berkaitan:


“Jika pemilik asal sudah tiada, mungkin anak atau waris boleh tampil dan menyelesaikan tunggakan tersebut bagi pihak pemilik,” katanya.

Beliau berkata, bayaran boleh dibuat secara atas talian atau di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan di seluruh negeri ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli di talian 09-9440063 atau 09-9440064.