Harga getah: Pekebun kecil keliru

Kameruzaman
Kameruzaman
A
A
A

MACHANG - Terdapat kekeliruan dalam kalangan pekebun kecil getah apabila kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari ini.

Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab Rahman berkata, ada yang beranggapan harga yang ditetapkan itu adalah harga belian oleh pembeli-pembeli getah berlesen sekaligus menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, keadaan lebih merumitkan bagi sesetengah kawasan yang terdapat pembeli-pembeli getah tanpa lesen yang membuat pembelian dengan harga lebih tinggi daripada pembeli-pembeli berlesen.

Jelasnya, pembeli getah tanpa lesen tidak menanggung apa-apa kos dan tidak terikat dengan arahan-arahan yang dikeluarkan pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM).

"Pekebun kecil beranggapan harga lantai adalah harga minima yang perlu dibayar oleh pembeli-pembeli getah berlesen di peringkat ladang dan kebun.

“Dengan kata mudah, setiap kali jualan getah, mereka akan dibayar dengan harga minimum sekurang-kurangnya RM2.20 dan mulai Januari 2019, mereka akan mendapat harga minimum sebanyak RM2.50 bagi setiap kilogram jualan getah sekerap (cuplump),” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Jelasnya, penoreh-penoreh mula membantah pembeli-pembeli getah yang tidak mengikut harga lantai sebanyak RM2.20.

“Mereka beranggapan mulai Januari 2019 setiap pembeli getah dikehendaki membeli getah dengan harga minimum RM2.50 berpandukan kenyataan kerajaan, harga lantai adalah RM2.50 mulai Januari 2019,” katanya.

Artikel Berkaitan: