Operasi haji berjalan lancar setakat ini

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman (depan, empat kiri) melancarkan Kempen Kebersihan Maktab Jemaah Haji hari ini. Foto: Bernama
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman (depan, empat kiri) melancarkan Kempen Kebersihan Maktab Jemaah Haji hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

MAKKAH - Perjalanan operasi haji kendalian Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci sehingga kini berjalan dengan lancar, kata Ketua Rombongan Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Beliau berkata, tinjauan ke beberapa kawasan terlibat terutamanya ke maktab penginapan, menunjukkan operasi berjalan lancar dan jemaah haji, memberi maklum balas mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

"Setakat ini mereka (petugas TH) bersemangat tinggi menghadapi tuntutan (tugas) yang mencabar ini, perhimpunan ini menyuntik semangat sebelum kita melalui satu operasi lagi yang cukup mencabar, iaitu operasi masyair dalam 11 hari.

"Ini menuntut komitmen yang paling tinggi dan mantap selain gerak kerja paling tersusun untuk menghadapi operasi masyair," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan petugas TH di Abraj Janadriyah di sini hari ini.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu yang tinggal di sembilan maktab penginapan di sini dibantu 640 petugas TH.

Sementara itu, beliau berkata petugas TH di Tanah Suci melancarkan program Infaq Sabeel Rahmatan Lil' Al-Amin yang mengumpul sumbangan ikhlas petugas tersebut, bagi memberi sumbangan dalam bentuk makanan kepada jemaah haji negara lain.

"Jemaah haji negara lain ada juga tiada khidmat sajian makanan, kita edarkan makanan waktu malam dua kali iaitu sekali sebelum wukuf sekali selepas wukuf, jumlah telah dikutip hampir 14,000 riyal (RM15,399.31) yang boleh memberi makan kepada sekurang-kurangnya 1,500 jemaah haji," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: