106,437 ditahan salah guna dadah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tengah) memberi nasihat kepada suspek penyalahgunaan dadah yang ditahan di Balai Polis Semenyih agar meninggalkan najis dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tengah) memberi nasihat kepada suspek penyalahgunaan dadah yang ditahan di Balai Polis Semenyih agar meninggalkan najis dadah.
A
A
A

SEMENYIH - Seramai 106,437 orang terdiri daripada 99,407 warga tempatan dan 7,030 warga asing ditahan polis selepas terlibat dalam pelbagai kes penyalahgunaan dadah bagi tempoh Januari hingga 25 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tangkapan itu dilakukan melalui pelbagai operasi polis di seluruh negara dalam usaha melumpuhkan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 16,279 orang kerana membekalkan dadah, 39,990 memiliki dadah dan 50,168 positif dadah dalam saringan ujian air kencing.

"Sepanjang tempoh itu, polis juga telah merampas 4,326 kilogram (kg) syabu, ketamin (176.51kg), pil erimin 5 (63.25kg), pil yaba (48.88kg), pil ekstasi (99.98kg), ganja (550.22kg) dan heroin (467.90kg).

"Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM264.78 juta manakala nilai sitaan harta (RM46.33 juta) dan nilai harta yang dilucuthakan (RM1.30 juta)," katanya pada sidang media di Balai Polis Semenyih.

Artikel Berkaitan: