Muar alami gangguan air 12 jam hari ini

No Image Caption
A
A
A

MUAR - Sebahagian besar kawasan di daerah ini bakal mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula hari ini.

Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) dalam satu kenyataan berkata, gangguan berlaku berikutan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan di tangki Bukit Treh.

“Ia akan menjejaskan kawasan di seluruh bandar Muar, Jalan Salleh, Jalan Bakariah, Jalan Ismail, Bukit Treh dan Jalan Kim Kee.Sed

“Turut terjejas Jalan Parit Setongkat, Jalan Parit Buaya, Jalan Naib Piee, Jalan Sungai Abong hingga ke Pintasan Jalan di situ,” katanya.

Menurut beliau, Jalan Abdullah menuju ke Jalan Bakri hingga ke Persimpangan Haji Kosai, Jalan Sakeh, Jalan Hashim, Parit Tiram, Jalan Sulaiman dan Jalan Temenggong Ahmad dari bandar Muar sehingga persimpangan Taman Bunga Raya juga terganggu.

“Selain itu Jalan Sulaiman dan Jalan Temenggong Ahmad hingga ke Parit Besar, Kampung Kelantan, Kampung Dato Bentara Luar, Jalan Haji Jaib, Jalan Tengku Bendahara, Jalan Daud, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Abdul Rahman dari Persimpangan Bulatan Khalidi hingga ke Persimpangan Parit Bakar, sebahagian Jalan Junid dan Jalan Junid Dalam dari Parit Perupok ke Persimpangan Parit Amat, Panchor dan kawasan berhampiran.

“Gangguan akan bermula pada jam 2 petang hingga 2 pagi, 1 Julai. Diharap penduduk terlibat dapat membuat persediaan atau merancang tindakan bagi sepanjang tempoh ketiadaan air,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Talian Aduan Bebas Tol di 1800887474 atau khidmat pesanan ringkas di talian 019-7727474 dan mel elektronik ke alamat customer.care@ranhill.com.my.

Artikel Berkaitan: